JOHOR BAHRU, 16 JAN: Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup di negeri ini.
TUMPAT, 3 DIS: Sebanyak 4,894 kes penyakit berjangkit dilaporkan dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Kelantan setakat semalam.
KUALA TERENGGANU, 20 NOV: Situasi banjir di Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah meningkat kepada 2,765 orang setakat 8 pagi ini berbanding 212 orang, malam tadi.
SHAH ALAM, 4 OKT: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM50,000 bagi membantu mangsa banjir di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak malam tadi.
SHAH ALAM, 4 OKT: Sejumlah 1,968 mangsa melibatkan 480 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir melanda tiga daerah, setakat malam tadi.
SHAH ALAM, 27 OGOS: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh Selangor diteliti semula bagi memastikan semua kemudahan berada dalam keadaan baik dan selesa.
KUALA LUMPUR, 13 JAN: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang meningkat sedikit kepada 5,755 orang yang berlindung di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, berbanding 5,749 orang yang berada di 41 PPS tengah malam tadi.
KUALA LUMPUR, 9 JAN: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang mencatatkan penurunan kepada 8,397 yang berlindung di 73 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 8,462 di 74 PPS tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR, 8 JAN: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang mencatatkan penurunan kepada 8,566 orang yang berlindung di 73 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 8,904 orang di 80 PPS petang tadi. Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh...
KUALA LUMPUR, 28 DIS: Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan peningkatan kepada 28,032 orang pagi ini berbanding 25,763 orang malam tadi, yang ditempatkan di 137 pusat pemindahan sementara (PPS).
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Pahang dan Sabah terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Terengganu menurun sedikit, sementara di Johor tidak berubah.
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus meningkat kepada 28,310 orang setakat 6 pagi ini berbanding 25,938 orang petang semalam dengan Johor dan Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu.
KOTA BHARU, 9 DIS: Keadaan banjir di jajahan Pasir Mas semakin pulih apabila hanya 62 mangsa daripada 22 keluarga berada di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 malam ini.
KOTA BHARU, 2 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat mendadak kepada 1,741 orang daripada 556 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 655 orang daripada 207 keluarga pada sebelah pagi.
JOHOR BAHRU, 2 DIS: Banjir kilat di daerah ini pulih sepenuhnya dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka pagi semalam, masing-masing ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR, 26 NOV: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan meningkat manakala Terengganu terus menunjukkan penurunan selain Selangor menjadi negeri ketiga membuka dua PPS, setakat 8 malam ini.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Sebanyak 699 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri Pantai Timur setakat 8 malam ini.
KUALA LUMPUR, 23 NOV: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu mencatatkan penurunan malam ini menjadikan jumlah keseluruhan yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) adalah 1,639 orang.
KUALA LUMPUR, 22 NOV: Seramai 5,202 mangsa banjir berada 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas iaitu Terengganu, Kelantan dan Perak setakat 8 pagi ini.
IPOH, 19 NOV: Sebanyak 83 orang daripada 23 keluarga mangsa banjir di Kinta dan Kerian masih berada di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pagi ini berbanding 84 orang daripada 24 keluarga malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.